2013年5月22日星期三

Jenis Rumah Tradisional-Rumah Limas

Rumah Limas
Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Rumah Limas

没有评论:

发表评论