Kajian Tempatan Tahun 4
Rumah Di Negara Kita
2013年5月25日星期六
2013年5月22日星期三
Jenis Rumah Tradisional-Rumah Limas
Rumah Limas
Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.
![]() |
| Rumah Limas |
2013年5月21日星期二
Jenis Rumah Tradisional-Rumah Minangkabau
Rumah Minangkabau
Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.
Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau .
![]() |
| Rumah Minangkabau |
2013年5月20日星期一
Jenis Rumah Tradisional-Rumah Panjang
订阅:
博文 (Atom)





